Uji kelajuan internet anda

Anda boleh semak kelajuan internet – muat turun, muat naik dan ping

Memahami Keputusan Ujian Kepantasan Anda

Muat Turun

Puncak: Entri ini mewakili jumlah maksimum data yang diterima oleh peranti anda daripada rangkaian utama dengan sangat pantas semasa ujian dilaksanakan.

Purata: Entri ini mewakili jumlah purata data yang diterima oleh peranti anda daripada rangkaian utama dengan sangat pantas semasa ujian dilaksanakan.

Muat Naik

Puncak: Entri ini mewakili jumlah maksimum data dihantar daripada peranti anda ke rangkaian utama dengan sangat pantas semasa ujian dilaksanakan.

Purata: Entri ini mewakili jumlah purata data dihantar daripada peranti anda ke rangkaian utama dengan sangat pantas semasa ujian dilaksanakan.

Pendaman (Latency)

Minimum: Entri ini mewakili masa minimum yang diperlukan untuk isyarat dihantar dari peranti ke pelayan tertentu dan kemudian menerimanya kembali ke peranti. Pendaman sering dirujuk sebagai kadar ping.

Purata: Entri ini mewakili masa purata yang diperlukan untuk isyarat dihantar dari peranti ke pelayan tertentu dan kemudian menerimanya kembali ke peranti.

Jitter: Entri ini mewakili variasi terhadap kependaman isyarat yang dipindahkan dari satu peranti ke peranti yang lain. Elemen ini boleh memberi impak negatif terhadap pengalaman pengguna jika terlalu tinggi. Jitter yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan paket walhal mengekalkan kehilangan paket yang rendah (situasi ideal ialah untuk mencapai 0% kehilangan paket) adalah penting untuk beberapa jenis perkhidmatan internet. Terutama sekali untuk panggilan suara atau permainan dalam talian.

Apakah maksud kelajuan muat turun

Kelajuan muat turun bermakna berapa pantaskah pengguna internet boleh mendapatkan data dari pelayan atau laman internet ke peranti mereka (komputer peribadi, peranti mudah alih, tablet, dll) secara dalam talian. Lazimnya, kelajuan muat turun akan lebih tinggi daripada kelajuan muat naik. Hal ini kerana, kebanyakan aktiviti di internet yang biasa dilakukan adalah untuk memuat turun (memuat halaman, memuat turun fail, menonton video, dll.).

Apakah maksud kelajuan muat naik

Kelajuan muat naik bermakna berapa pantaskah pengguna internet boleh menghantar data dari peranti mereka (komputer peribadi, peranti mudah alih, tablet, dll) ke rangkaian internet. Lazimnya, kelajuan muat naik akan lebih perlahan daripada kelajuan muat turun. Hal ini kerana kelajuan muat naik biasanya tidak begitu penting kepada pengguna biasa. Buat masa ini, kebanyakan aktiviti di internet tidak memerlukan kelajuan muat naik yang terlalu pantas, sebaliknya, kelajuan muat naik sangat penting untuk sesetengah pengguna, yang kerap untuk memuat naik banyak data ke laman-laman perkhidmatan, seperti YouTube, Google Drive, Dropbox, dll atau untuk mereka yang menggunakan rangkaian sosial dengan memuat naik banyak fail-fail media (foto , video).

Apakah maksud Ping dan Pendaman (Latency)

Ping atau Ujian Ping merujuk kepada masa tindak balas peranti anda untuk membalas permintaan dari peranti lain. Maklumat seperti ini sangat penting khususnya untuk pemain permainan dalam talian (contohnya League of Legends, World of Warcraft, Battlefield), yang mengkehendaki masa ping yang pendek (waktu tindak balas). Masa ping yang tinggi pula memberi makna kelewatan sekaligus merupakan kelemahan terbesar jika dibandingkan dengan pemain yang mempunyai masa ping yang lebih pendek.

Pendaman atau Ujian Pendaman merujuk kepada masa yang diperlukan untuk menghantar ping (paket data) dari peranti anda ke pelayan dan kemudian menerimanya kembali ke peranti yang sama. Pendaman mewakili kelewatan perjalanan dan akan memberi kesan penting terhadap prestasi rangkaian. Pendaman biasanya diukur dalam milisaat (ms).

Apakah maksud kelajuan internet yang bagus?

Umumnya, sukar untuk menjustifikasikan apakah kelajuan internet yang boleh dikategorikan sebagai bagus. Dalam kebanyakan kes, penilaian bergantung kepada aktiviti atau kehendak pengguna. Kelajuan Internet di atas 25Mbps kebiasaannya sudah cukup untuk tugasan dalam talian yang tidak kompleks, contohnya seperti menonton filem, bermain permainan dengan spesifikasi asas atau memuat turun fail-fail berkapasiti kecil. Pun begitu, untuk aktiviti internet yang lebih kompleks, seperti memuat turun fail berkapasiti besar, atau bermain permainan yang memerlukan grafik lebih canggih, kami mengesyorkan kelajuan internet di atas 60Mbps.

Apakah kelajuan internet yang saya perlukan?

Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengambil tahu bahawa kebanyakan sambungan internet ditawarkan di pasaran akan lebih lambat daripada kelajuan yang diiklankan. Secara praktikal, sambungan 100Mbps pada masa yang sama juga memberi makna bahawa 100Mbps yang dinyatakan adalah kelajuan maksimum anda. Kelajuan untuk mengakses internet akan berubah pada bila-bila masa sahaja dan bergantung kepada banyak faktor. Sentiasa tetapkan internet dengan kelajuan lebih pantas daripada apa yang anda rasa anda perlukan.

Disini, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk aktiviti kasual berdasarkan kelajuan minimum rasmi atau disyorkan daripada sumber rasmi dan pengalaman kami. Kami akan meningkatkan kelajuan supaya menjadi lebih baik berbanding kelajuan rasmi supaya dapat memastikan akan terdapat ruang yang cukup untuk aktiviti yang ingin anda lakukan.

Aktiviti Kami syorkan Nota
Tonton Filem Penuh HD di Netflix 10Mbps Cadangan rasmi dari Netlix disini
Tonton Filem Ultra HD di Netflix 30Mbps Cadangan rasmi dari Netlix disini
Permainan dalam talian 10Mbps  
Panggilan Skype suara-sahaja 1Mbps Keperluan rasmi dari Skype disini
Panggilan video Skype 10Mbps Keperluan rasmi dari Skype disini
E-mel 10Mbps  
Melayari internet 10Mbps  

Jika anda masih keliru berapakah kelajuan internet yang diperlukan, maka kami mengesyorkan anda memilih sambungan internet dengan kelajuan 100Mbps (jika tersedia di kawasan anda). Melalui pakej sambungan internet yang seperti ini, aktiviti pelayaran dalam talian anda akan lebih selamat untuk jangka masa yang panjang.

Berapakah kelajuan purata penggunaan internet?

Pada tahun 2018:

  • Kelajuan purata internet di Malaysia adalah 23.86Mbps (tempat ke 30 di dunia)
  • Kelajuan purata internet jalur lebar di peringkat global pula adalah 11.03Mbps
  • Lebih kurang 141 negara mempunyai kelajuan purata internet dibawah 10Mbps
  • Negara Taiwan mempunyai kelajuan internet paling pantas di dunia: 85.02Mbps
  • Yemen pula memegang takhta sebagai pembekal kelajuan purata internet paling perlahan di dunia: 0.38Mbps

Sumber: https://www.atlasandboots.com/remote-jobs/countries-with-the-fastest-internet-in-the-world/

Bagaimanakah menjadikan kelajuan internet lebih pantas

Kami mempunyai beberapa petua bagaimana untuk mengoptimakan sambungan internet sekaligus mendapat menfaat darinya:

  • Kurangkan jarak antara komputer dan penghala (router) anda
  • Minimumkan bilangan item di rangkaian
  • Jika ada, utamakan penggunaan Ethernet berbanding Wi-Fi
  • Kemas kini perkakasan (hardware) sambungan anda
  • Gunakan Wi-Fi range extender

Glosari

Ujian kelajuan Wi-Fi

Ramai orang kerap mencari kaedah menguji kelajuan Wi-Fi tetapi, seringkali apa yang mereka perlukan hanyalah ujian kelajuan internet yang biasa. Walaupun sambungan Wi-Fi mampu untuk mengurangkan sambungan ke internet anda, sekiranya penghala Wi-Fi yang anda gunakan sudah sangat lama atau anda menghadapi masalah penerimaan isyaratnya yang kurang memberansangkan. Perkara yang sama juga digunakan untuk terma:

  • ujian kelajuan modem
  • ujian kelajuan rangkaian
  • ujian kelajuan sambungan
  • ujian kelajuan jalur lebar
  • … dan banyak lagi dimana anda boleh gunakan penguji kelajuan di atas

Jalur Lebar (Bandwidth)

Dalam konteks kelajuan internet, jalur lebar merujuk kepada jumlah maklumat setiap unit masa yang dapat dikendalikan oleh sambungan internet. Sambungan internet dengan jalur lebar yang lebih besar boleh memindahkan sebahagian data lebih cepat daripada sambungan internet dengan jalur lebar yang lebih rendah.

DSL

DSL (Digital Subscriber Line) menggunakan sambungan internet pada rangkaian telefon sedia ada. DSL sangat popular di kawasan bandar, tetapi anda akan mendapati bahawa penggunaanya kurang mendapat sambutan di kawasan luar bandar. Internet DSL biasanya lebih murah berbanding dengan jenis sambungan internet lain, seperti sambungan serat optik atau kabel, tetapi kaedah ini juga lebih perlahan.